ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 61. Mahkamah terbuka.
(1) Semua perbicaraan dalam Mahkamah Syariah hendaklah, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain dan subseksyen (2), terbuka kepada orang ramai.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh memerintahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana prosiding diadakan dalam Mahkamah tertutup jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa perintah sedemikian adalah demi kepentingan keadilan atau kesopanan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.