ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 54. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah.


Mahkamah yang membuat sesuatu perintah nafkah itu boleh pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa mengubah, atau membatalkan, sesuatu perintah nafkah yang masih berkuatkuasa, sama ada bercagar atau tidak bercagar, atas permohonan orang yang berhak menerima atau yang kena membayar nafkah itu menurut perintah itu, jika Mahkamah berpuashati bahawa perintah itu telah diasaskan atau sesuatu salah nyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.