ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 256. Cagaran.

(1) Cagaran hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon. Amaunnya hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar. Perbelanjaan hendaklah ditanggung oleh orang yang memberi cagaran itu. Suatu akujanji bertulis oleh seorang peguam boleh diterima sebagai ganti jaminan.

(2) Apabila cagaran itu diberi dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.

(3) Apabila cagaran itu diberi melalui bon, dua orang penjamin adalah diperlukan kecuali jikalau Mahkamah memerintah sebaliknya, dan pihak yang satu lagi itu hendaklah diberi peluang untuk membantah penjamin-penjamin itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.