ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 91. Penjaga bagi anak yatim.

Jika bapa dan datuk lelaki di sebelah bapa seseorang kanak-kanak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, mana-mana Kadi, imam, penggawa, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa-kuasa seorang pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang-Orang Muda, 1947 [Akta 232], boleh menyebabkan kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta kanak-kanak itu atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.