ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK
Seksyen 9. Perintah perwakilan.
Di mana terlalu ramai orang mempunyai kepentingan yang sama dalam mana-mana prosiding, Mahkamah boleh pada bila-bila masa memberi kuasa kepada salah seorang atau lebih dari mereka untuk bertindak bagi pihak semua orang itu, sama ada orang itu dinamakan sebagai pihak atau tidak:
Dengan syarat bahawa tidak seorang pun boleh terikat oleh mana-mana perintah kecuali-
(
a
)
dia telah disampaikan satu notis mengenai niat untuk memohon sedemikian; atau
(
b
)
dia telah disampaikan satu salinan perintah itu dan dalam tempoh 10 hari tidak memohon kepada Mahkamah untuk melepas atau mengubahnya:
Dengan syarat selanjutnya bahawa jika orang itu terlalu ramai atau sukar ditentukan Mahkamah boleh mengarahkan penyampaian perintah itu dengan suatu cara yang difikirkan sesuai.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.