ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 135. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia AI-Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan acara dalam semua perbicaraan hal-ehwal suami isteri di bawah Enakmen ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fi dan kos yang kena dibayar dalam semua perbicaraan itu; tertakluk kepadanya itu, semua perbicaraan di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal oleh amalan dan acara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat mana amalan dan acara itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan acara dalam perbicaraan hal-ehwal suami isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia AI-Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.