ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Keputusan Mahkamah keadilan bila relevan



Seksyen 32. Fraud atau pakatan bagi mendapatkan keputusan atau ketiadaan kompeten Mahkamah boleh dibuktikan.

Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau lain-lain prosiding boleh menunjukkan bahawa sesuatu keputusan, perintah atau dikri yang relevan di bawah seksyen 28, 29 atau 30 dalam Enakmen ini dan telah dibuktikan oleh pihak lawan, telah dibuat oleh Mahkamah yang tidak layak membuatnya ataupun telah didapati dengan fraud atau pakatan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.