ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain---

"Jemaah" ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini;

"Lembaga" ertinya badan yang didirikan oleh Majlis Raja-raja yang dikenali sebagai "Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam";

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam yang dibentukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1952 [En. 3/52].

"Nazir Sekolah Islam" ertinya Nazir yang dilantik di bawah Enakmen ini;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah Seksyen 3 Enakmen ini, dan termasuklah Timbalan-timbalan Pendaftar; dan

"Sekolah Islam" ertinya mana-mana Sekolah Agama Islam di dalam Negeri dan termasuklah masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balaisah, pondok dan tadika, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pelajaran, di mana dua puluh orang atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.