ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989
BAHAGIAN II - PENDAFTAR DAN TIMBALAN-TIMBALAN PENDAFTAR
Seksyen 4. Tugas-tugas Pendaftar.
(1) Maka adalah
menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk memastikan dan mengawasi yang semua Sekolah Islam dalam Negeri ditadbirkan dengan sepatutnya.
(2) Pendaftar hendaklah, pada setiap masa, sentiasa memberitahu Majlis tentang hal-ehwal semua
Sekolah Islam dalam Negeri.
(3) Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar mengenai semua Sekolah Islam yang didaftarkan di bawah Enakmen ini dan dalam daftar itu hendaklah direkodkan b
utir-butir mengenai setiap sekolah Islam termasuk-
(a)
nama dari alamat sekolah;
(b)
anggota-anggota Jemaah Pengurusan Sekolah;
(c)
kurikulum untuk sekolah; dan
(d)
apa-apa maklumat lain yang disifatkan oleh Pendaftar patut direkodkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.