ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1984

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 43. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan dan indeks perkahwinan.

(1) Tiap-tiap Daftar Perkahwinan dan indeks perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar di bawah Enakmen ini hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang setelah dibayar fee yang ditetapkan.

(2) Ketua Pendaftar atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, setelah dibayar fee yang ditetapkan, memberi suatu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan dan indeks, yang diperakui dengan tandatangan dan meteri jawatan Ketua Pendaftar atau Pendaftar itu, mengikut mana yang berkenaan kepada seseorang yang menghendakinya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.