ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV - HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 126. Pesalah kali pertama.

Jika mana-mana orang mukallaf telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara di hadapan mana-mana Mahkamah, dan jika ternyata kepada Mahkamah tersebut bahawa dengan mengambil perhatian kepada watak, latarbelakangnya, umur, kesihatan atau keadaan akal pesalah itu, atau kepada bentuk kesalahan itu yang tidak berat, atau kepada apa-apa hal-keadaan yang boleh meringankan kesalahan yang dilakukan itu adalah suai-manfaat pesalah itu dilepaskan dengan syarat ia berkelakuan baik, Mahkamah boleh, selain daripada menghukumnya dengan serta merta dengan apa-apa hukuman lain, mengarahkan supaya pesalah itu dilepaskan dengan mengenakan bon dengan penjamin-penjamin, dan dalam tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, hendaklah hadir dan menerima hukuman jika dan apabila dipanggil, dan sementara itu, hendaklah ia berkelakuan baik.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.