ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Peruntukan Am
Seksyen 13. Fakta yang menjadi qarinah apabila hak 'urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau
'urf
maka fakta yang berikut adalah
qarinah
-
(a)
apa-apa transaksi yang dengannya hak atau
'urf
yang dipersoal itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak konsisten dengan wujudnya hak atau
'urf
itu;
(b)
hal-hal tertentu dalam mana hak atau
'urf
itu telah dituntut, diiktiraf atau digunakan atau dalam mana penggunaan hak atau
'urf
itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau diselewengkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.