ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK



Seksyen 25. Remedi kerana kemungkiran.

Apabila sesuatu permohonan patut dibuat di bawah seksyen 24 dan tidak dibuat dalam tempoh masa yang munasabah, Mahkamah boleh dengan usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak memerintah pihak atau orang berkenaan supaya membuat permohonan dalam suatu tempoh masa tertentu, dan jika kemungkiran berlaku boleh membatal atau menolak prosiding itu, atau memerintah supaya pihak atau orang berkenaan terhindar daripada membela, mengikut yang mana berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.