ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 143. Kebenaran khas untuk merayu di dalam kes-kes yang tertentu.


Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah bolehlah, atas permohonan mana-mana orang ingin merayu yang dihalang daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak menurut mana-mana peraturan atau mana-mana keperluan Enakmen ini, memberi kebenaran khas untuk merayu dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan dengan memberi arahan-arahan kepada Qadhi dan kepada pihak-pihak yang Pengerusi berkanun memandang perlu, supaya keadilan yang sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.