ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 154. Petisyen rayuan.

(1) Dalam tempoh sepuluh hari selepas disampaikan notis di bawah seksyen 153(2), pihak merayu hendaklah memfailkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah satu petisyen rayuan dalam lima salinan dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Setiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh pihak merayu atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi butir-butir tentang persoalan undang-undang atau fakta yang Mahkamah membicarakannya dikatakan telah silap, dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan Syariah, pihak merayu tidak boleh semasa rayuan didengar merujuk kepada alasan rayuan yang lain selain daripada yang dinyatakan di dalam petisyen.

(3) Jika sesuatu petisyen tidak difailkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik, tetapi tiada apa-apa yang terkandung dalam seksyen ini boleh menghadkan atau menyekat kuasa memanjangkan tempoh yang diberi kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 157.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.