ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 98. Keterangan tentang perkara-perkara yang bertulis.
Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau lain-lain pindahan mengenai harta yang berkenaan dengannya dia memberi keterangan tidak ada terkandung dalam sesuatu dokumen, dan sekiranya dia berkata ada, atau sekiranya dia hampir hendak membuat apa-apa kenyataan tentang kandungan sesuatu dokumen yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak lawan boleh membantah keterangan itu diberi sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga fakta-fakta telah dibuktikan yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberi keterangan sekunder mengenainya.
Huraian
- Seseorang saksi boleh memberi keterangan lisan mengenai kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh orang-orang lain berkenaan dengan kandungan dokumen-dokumen jika kenyaraan-kenyataan itu adalah sendirinya fakta-fakta relevan.
MISALAN
Soalnya ialah sama ada
A
telah menyerang
B
.
C
menerangkan dengan sumpah bahawa ia telah mendengar
A
berkata kepada
D
: "
B
telah menulis surat kepada saya menuduh saya mencuri dan saya akan mengambil balasan atasnya." Kenyataan ini adalah berkaitan sebagai menunjukkan sebabnya
A
menyerang
B
dan keterangan boleh diberi mengenai kenyataan itu walaupun tiada apa-apa keterangan lain diberi berkenaan dengan surat itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.