ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988
BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM
Seksyen 12. Pendaftaran.
(1) Tertakluk kepada seksyen kecil (2), tiada orang atau kumpulan orang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Islam melainkan jika ia didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
(2) Semua Sekolah Islam yang telah ditubuhkan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.