ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 33. Memujuk lari perempuan bersuami.

Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.