ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 92. Akta penjaga kanak-kanak 1961 tidak boleh dipakai jika berlawanan dengan hukum syarak.


(1) Tiada apa jua pun dalam Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 yang berlawanan dengan Hukum Syarak atau adat orang-orang Malayu boleh dipakai bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun yang berugama Islam dan yang bapanya berugama Islam atau pada tarikh kematiannya berugama Islam atau, mengenai seorang kanak-kanak yang tak sah taraf, yang ibunya yang berugama Islam atau pada tarikh kematiannya berugama Islam.

(2) Mengenai mana-mana orang lain, peruntukan-peruntukan Akta tersebut, setakat mana peruntukan itu berlawanan dengan Hukum Syarak, maka hendaklah terhenti dipakai bagi orang itu apabila ia menganut Ugama Islam jika pada tarikh penganutan itu ia telah genap lapan belas tahun atau, jika belum lagi genap umur lapan belas tahun, ia menganuti Ugama Islam dengan persetujuan orang yang dibawah Akta tersebut adalah penjaga bagi diri kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.