ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VI - PROSIDING KHAS
BAB XXI - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 174. Kuasa mengurangkan hukuman.

Apabila di bawah seksyen 171, mana-mana Mahkamah telah, menghukum seseorang pesalah kerana apa-apa penghinaan atau gangguan yang sengaja, Mahkamah itu boleh, menurut budi bicaranya, melepaskan pesalah itu atau mengurangkan hukuman itu apabila pesalah itu telah tunduk kepada perintah atau kehendak Mahkamah itu atau jika dia telah meminta maaf dengan memuaskan hati Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.