ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 34. Waran: kepada siapa diarahkan.

(1) Sesuatu waran tangkap hendaklah pada lazimnya diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan semua Pegawai Penguatkuasa Agama yang lain, dan mana-mana pegawai itu boleh melaksanakan waran itu di mana-mana bahagian di dalam Negeri.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran boleh mengarahkannya kepada Pesuruhjaya Polis dan semua pegawai polis yang lain di dalam Negeri atau kepada mana-mana orang atau kepada mana-mana orang atau orang-orang yang hendaklah disebut namanya dalam waran itu, yang bukannya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis, dan semua atau mana-mana seorang atau lebih seorang daripada mereka boleh melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.