ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN IX - PLIDING



Seksyen 60. Keingkaran pliding.

Jika pembelaan atau pembelaan kepada tuntutan balas tidak difailkan atau tidak menunjukkan apa-apa pembelaan kepada tuntutan atau tuntutan balas, Mahkamah boleh dengan budibicaranya mengarahkan supaya pihak yang ingkar itu terhalang dari membela tuntutan atau tuntutan balas itu. Mahkamah boleh menggunakan budibicara yang sama jika pembelaan atau pembelaan kepada tuntut balas itu difailkan selepas tempoh yang dibenarkan atau tidak di dalam bentuk sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.