ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 8. Sebab, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau selepas.

(1) Sesuatu nyataan yang menunjuk atau menjadikan sesuatu sebab atau persediaan bagi sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan adalah qarinah.

(2) Kelakuan sesuatu pihak atau kelakuan seseorang wakil bagi mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau pembicaraan berkenaan dengan guaman atau pembicaraan itu atau berkenaan dengan sesuatu nyataan yang menjadi soal di dalamnya atau yang berkaitan dengannya, dan kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara pembicaraan, adalah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang berkaitan dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau selepasnya.

Huraian 1-Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk kenyataan melainkan jika kenyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan lain daripada kenyataan tetapi huraian ini tidak akan menyentuh perkaitan kenyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini.

Huraian 2-Apabila kelakuan seseorang ada kaitan, apa-apa kenyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapannya dan dalam pandangannya yang menyentuh kelakuannya itu adalah qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.