ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN IX - BAYARAN KEPADA MAKHKAMAH



Seksyen 62. Bayaran keluar.

Tertakluk kepada Bahagian XVI dan seksyen 66 dan 67, sekiranya bayaran masuk adalah sama dengan jumlah yang dituntut atau plaintif memilih menerimanya sebagai penjelasan kepada semua tuntutannya, jumlah itu hendaklah dibayar keluar kepadanya, dan dia boleh mendapat hukuman bagi semua kos yang sebenarnya dibelanjakan sebelum menerima notis bayaran masuk itu, dan kos mendapat hukuman bagi kos tersebut melainkan dibayar tanpa perintah. Jika pembayaran itu adalah mengenai sebahagian dari tuntutannya, plaintif boleh meneruskan dengan tindakannya berkenaan dengan bahagian yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.