ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN VII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 85. Status anak-anak saudara baru.

Jika pada saat ia memeluk Agama Islam, seseorang saudara baru sama ada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak yang belum mencapai umur lapan belas tahun, dan anak tersebut telah diperintahkan oleh Mahkamah, selain daripada Mahkamah Syariah, atau mana-mana pihak berkuasa kompeten yang lain supaya diletakkan di bawah penjagaan saudara baru tersebut, anak itu adalah memeluk Agama Islam pada masa penjagaan diberi.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.