ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM



Seksyen 197. Kuasa Mahkamah untuk memberikan perintah interim

(1) Tertakluk kepada Bab ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa mengikut budi bicaranya, untuk memberikan apa-apa perintah interim atas apa-apa terma yang difikirkannya patut dan boleh memberikan apa-apa arahan tentang prosiding selanjutnya.

(2) Suatu permohonan bagi mendapatkan perintah interim hendaklah dibuat dalam Borang MS 50 dan disokong dengan afidavit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.