ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 10. Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:

(1) Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang telah diperuntukkan baginya dan bolehlah mengenakan apa-apa hukuman yang telah pun diperuntukkan baginya.

(2) Dalam bidangkuasa sivilnya, membicara dan menentukan segala tindakan dan pembicaraan sebagaimana Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa mendengar dan menentukan, dalam mana amaun atau nilai hal-perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang, dikecualikan dalam perkara nasab.

(3) Sesuatu rayuan hendaklah dibuat ke Mahkamah Tinggi Syariah daripada mana-mana keputusan Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.