ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN II - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN 'AQIDAH



Seksyen 3. Pemujaan salah.

(1) Mana-mana orang yang memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Undang-Undang Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa peranti, barang atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun mungkin telah disabitkan atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.