ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI
Seksyen 120. Jenis pemeriksaan.
Saksi hendaklah diperiksa secara terbuka di dalam Mahkamah atau secara rahsia melalui pihak yang ada pertalian dengannya.
MISALAN
(a) Jika saksi seorang penuntut, saksi hendaklah diperiksa melalui guru sekolah tempat dia belajar dan melalui pihak yang boleh dipercayai di tempat tersebut.
(b) Jika saksi seorang anggota angkatan tentera, pemeriksaan dibuat melalui ketua bahagiannya,
(c) Jika saksi seorang awam, dia hendaklah diperiksa melalui penduduk yang boleh dipercayai di tempat dia tinggal.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.