ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Qarinah
Seksyen 15. Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tak sengaja atau dengan sengaja.
Apabila soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan pengetahuan at au niat yang tertentu, maka fakta bahawa perbuatan itu adalah satu daripada siri kejadian seumpamanya yang dalam tiap-tiap satunya orang yang melakukan perbuatan itu ada terlibat adalah
qarinah.
MISALAN
A telah ditugaskan sebagai 'amil menerima fitrah daripada orang ramai. Adalah menjadi kewajipan A membuat catatan di dalam sebuah buku yang menunjukkan amaun wang yang telah diterimanya. Dia membuat suatu catatan menunjukkan bahawa suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima olehnya.
Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah dibuat dengan tak sengaja atau sengaja.
Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama adalah palsu dan catatan palsu dalam tiap-tiap kes itu adalah menguntungkannya adalah
qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.