ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 101. Sengaja mencuaikan kewajipan.


Seseorang yang ditugaskan oleh Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya untuk menjalankan sesuatu kewajipan, enggan atau dengan sengaja cuai atau mungkir menjalankan kewajipan itu atau dengan sengaja menjalankan dengan cara yang berlawanan dengan mana-mana peruntukan Enakmen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.