ORDINAN 4 TAHUN 1991
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan Dan Bidang Kuasa



Seksyen 14. Perakuan-perakuan perwarisan.

Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubung dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana Mahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masingnya berhak. Mahkamah Syariah bolehlah, atas permintaan Mahkamah atau pihak berkuasa itu, atau atas permohonan mana-mana orang yang menuntut menjadi benefisiari atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fee yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka dan mengenai bahagian-bahagian yang mereka masing-masingnya berhak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.