ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988


Seksyen 13. Kuasa untuk memerintah saksi-saksi hadir.

(1) Pegawai bertauliah yang membuat penyiasatan di bawah Seksyen 12 boleh dengan perintah secara bertulis memerintahkan mana-mana orang yang pada pendapatnya tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan kes itu supaya hadir di hadapannya dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana dikehendaki.

(2) Jika mana-mana orang yang dikenakan perintah di bawah seksyen kecil (1) mungkir hadir sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu, pegawai bertauliah itu boleh melaporkan kemungkiran itu kepada Majisteret yang boleh mengeluarkan suatu waran untuk mendapatkan kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu.

(3) Seseorang yang hadir sebagaimana diperintah di bawah seksyen kecil (1) adalah berhak dibayar belanja perjalanan dan sara hidup yang berpatutan yang di tanggung olehnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.