ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XXIV - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 181. Pelepasan harta.

(1) Jika pemiutang perlaksanaan tidak, dalam tempoh 3 hari selepas disampaikan kepadanya bantahan itu, meminta bailif melepaskan harta itu, ia adalah disifatkan mempertikaikan bantahan itu.

(2) Jika pemiutang perlaksanaan tidak mempertikaikan bantahan itu ia tidak boleh dalam ketiadaan hal-hal istimewa, dikenakan membayar gantirugi tetapi ia hendaklah bertanggungjawab membayar kepada pembantah, perbelanjaan dan kos yang munasabah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.