ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
JADUAL KEEMPAT
(Seksyen 9)
PERNIKAHAN TIDAK SAH
Pernikahan yang tidak mematuhi rukun-rukun dan syarat-syarat seperti yang disenaraikan di bawah adalah tidak sah dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini--
1. Rukun-rukun Nikah
--
(a)
Lelaki yang bakal menjadi suami;
(b)
Perempuan yang bakal menjadi isteri;
(c)
Wali yang adil;
(d)
Dua orang saksi yang adil; dan
(e)
Ijab dan kabul.
2. Syarat-syaratnya
--
(i) Mengenai bakal suami
(a)
Berugama Islam;
(b)
Tidak berihram haji atau umrah;
(c)
Lelaki yang ditentukan;
(d)
Belum mempunyai empat orang isteri;
(e)
Dengan kesukaan dan keredaannya sendiri bukan dengan paksaan; dan
(f)
Seorang lelaki dan bukan khunsa musykil.
(ii) Mengenai bakal isteri
(a)
Berugama Islam atau Kitabiah dengan syarat-syarat yang tertentu;
(b)
Seorang perempuan yang ditentukan;
(c)
Bukan muhrim kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya;
(d)
Bukan isteri orang dan tidak di dalam iddah orang lain; dan
(e)
Tidak berihram haji atau umrah.
(iii) Syarat-syarat wali
(a)
Berugama Islam;
(b)
Seorang lelaki;
(c)
Akil baligh;
(d)
Seorang yang merdeka;
(e)
Dengan kesukaan dan keredaannya menjadi wali
(f)
Tidak berihram haji atau umrah;
(g)
Tidak fasik; dan
(h)
Adalah seorang tidak cacat akal fikiran.
(iv) Susunan Keutamaan Wali
(a)
Bapa kandung;
(b)
Nenek lelaki sebelah bapa ke atas;
(c)
Saudara lelaki seibu sebapa;
(d)
Saudara lelaki sebapa;
(e)
Anak saudara lelaki seibu sebapa;
(f)
Anak saudara lelaki sebapa;
(h)
Bapa saudara sebelah bapa saudara;
(i)
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah;
(j)
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah:
(k)
Bapa saudara bapa seibu sebapa;
(l)
Bapa saudara bapa sebapa;
(m)
Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa;
(n)
Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa ke bawah;
(o)
Bapa saudara nenek lelaki seibu sebapa;
(p)
Bapa saudara nenek lelaki sebapa;
(q)
Anak lelaki bapa saudara nenek lelaki seibu sebapa ke bawah;
(r)
Anak lelaki bapa saudar nenek lelaki sebapa ke bawah;
(s)
Muktiq;
(t)
Sekelian asobah kepada seorang muktiq;
(u)
Raja.
(v) Izin perempuan yang bakal menjadi isteri kepada walinya.
Perempuan yang hendak dinikahkan hendaklah memberi izin terlebih dahulu kepada walinya iaitu
(a)
Izin wajib sekiranya janda atau anak dara yang walinya bukan wali mujbir; atau
(b)
Izin sunat sekiranya ia masih anak dara dan walinya mujbir.
(vi) Sebab-sebab berpindah wilayah nikah daripada wali akrab kepada wali ab-ad
(a)
Wali akrab belum baligh;
(b)
Wali akrab gila;
(c)
Wali akrab hamba;
(d)
Wali akrab fasihk;
(e)
Wali akrab cedera akal fikiran;
(f)
wali akrab berlainan ugama dengan bakal isteri; atau
(g)
wali akrab telah mati.
(vii) Sebab-sebab berpindah wilayah nikah dari wali khas kepada wali am
(a)
Ketika ketiadaan wali nasab sama sekali;
(b)
Wali nasab berjauhan dua marhalahatau lebih;
(c)
Kehilangan wali akrab dengan tidak diketahui di mana ia berada dan tidak diketahui sama ada ia mati atau masih hidup selepas kehilangan yang lama, atau menyertai peperangan atau terlibat dalam kemalangan laut atau udara atau ditawan musuh dan ini sekiranya jika belum dihukum mati oleh mana-mana kadi dan sekiranya ia telah dihukum mati maka kuasanya adalah wali ab'ad bukan wali raja;
(d)
Wali akrab enggan menjadi wali dan telah di-thabit demikian oleh Kadi;
(e)
Wali akran berihram haji atau umraah; atau
(f)
Wali akrab sendiri yang akan berkahwin dengan perempuan itu.
3. Syarat-syarat saksi
--
(i) bilangannya tidak kurang daripada 2 orang;
(ii) hendaklah berugama Islam;
(iii) hendaklah oang yang berakal waras;
(iv) hendaklah orang yang telah akil baligh;
(v) hendaklah, orang-orang lelaki;
(vi) hendaklah, jika seorang hamba setelah dimerdekakan;
(vii) hendaklah orang-orang yang boleh mendengar, melihat dan bertutur;
(viii) hendaklah boleh memahami isi-isi kandungan sighah ijab dan kabuk; dan
(ix) hendaklah orang yang adil.
4. (1) Sighah ijab
--
(i) Hendaklah menggunakan lafaz tazwij atau nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa bahasa sekali pun; dan
(ii) Bolehlah daripada wali sendiri atau wakilnya.
(2) Sighah kabul
--
(i) Bolehlah daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab; dan
(ii) Hendaklah dibuat dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.