ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 92. Menutup atau merobohkan masjid.

Majlis boleh dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sebab yang munasabah menutup atau merobohkan mana-mana masjid dan boleh, jika sesuatu masjid telah dirobohkan dan tiada tujuan untuk membina masjid yang lain atas tapak yang sama atau tiada tujuan untuk menggunakan tapak itu bagi maksud keagamaan yang lain, memajakkan, mencagarkan atau menggunakan tapak itu mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Hukum Syarak, tetapi pendapatan yang diperolehi daripadanya hendaklah disimpan untuk digunakan bagi mendirikan, menyenggara atau memperbaiki masjid, dan bukan untuk tujuan lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.