ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 3. Penubuhan Mahkamah Syariah.

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Kedah Darul Aman di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melalui pemberitahuan dalam
Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Kedah Darul Aman.

(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melalui pemberitahuan dalam
Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Kedah Darul Aman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.