ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 4. Perbuatan tidak sopan.

(1) Seseorang yang dengan sengaja melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang lelaki yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang perempuan selain daripada isterinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Seseorang perempuan yang didapati bercumbu-cumbuan di mana-mana tempat dengan seorang lelaki selain daripada suaminya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.