ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991
BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH AGAMA ISLAM
Seksyen 17. Pelantikan Nazir Sekolah Agama Islam.
Majlis boleh melantik seberapa banyak Nazir Sekolah Agama Islam sebagaimana yang perlu dan kewajipan-kewajipan nazir-nazir itu hendaklah termasuk-
(a) melaksanakan dari semasa ke semasa, pemeriksaan ke atas Sekolah-sekolah Agama Islam berkaitan dengan pengajaran kurikulum yang dibenarkan, penggunaan buku-buku teks, guru-guru yang diambil kerja dan pematuhan yang sepatutnya terhadap Enakmen ini dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya atas arahan Pendaftar;
(b) melaksanakan penyiasatan-penyiasatan atas mana-mana Sekolah Agama Islam tentang apa-apa perkara yang dibenarkan oleh Pendaftar;
(c) memeriksa akaun-akaun Sekolah Agama Islam; dan
(d) melaporkan apa-apa perkara yang di luar aturan, dan membuat apa-apa cadangan yang perlu kepada Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.