ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN V - PENYATA



Seksyen 33. Penyata mengenai orang-orang Islam selain daripada pembuat penyata.

(1) Tiap-tiap orang yang atas apa-apa jua sifat menerima atau ada kawalan ke atas wang atau harta kepunyaan atau yang dipunyai oleh mana-mana orang lain yang boleh dikenakan zakat berkenaan dengannya itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian menurut notis yang ditandatangani oleh Setiausaha, menyerahkan kepada Setiausaha dalam tempoh yang akan dinyatakan dalam notis itu (tidak kurang dari tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis itu) suatu penyata seperti dalam borang yang ditetapkan dengan mengandungi butir-butir mengenai wang atau harta pendapatan itu dan suatu penyata mengenai nama dan alamat orang yang memilikinya.

(2) Tiap-tiap orang yang menjual apa-apa harta di Malaysia bagi pihak seseorang yang tidak bermastautin di Malaysia bagi tahun itu hendaklah, jika barang-barang itu dijual semasa menjalankan perniagaan orang yang disebut kedua itu, menyerahkan kepada Setiausaha dalam masa tiga puluh hari selepas akhir tahun itu satu penyata menunjukkan hasil kasar daripada mana-mana jualan itu yang dibuat di sepanjang tahun itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.