ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XIX - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 131. Perintah ansuran.

(1) Mana-mana penghutang yang ke atasnya penghakiman telah atau akan diberi boleh memohon kepada Mahkamah untuk kebenaran membayar hutang penghakiman itu secara ansuran atau jika suatu perintah untuk bayaran secara ansuran telah dibuat untuk kebenaran membayar ansuran dengan kadar yang lebih rendah, dan Mahkamah, selepas mendengar pihak-pihak berkenaan boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut.

(2) Jika mana-mana tunggakan ansuran tersebut lebih daripada satu bulan kalendar perintah tersebut hendaklah disifatkan telah dibatalkan dan pemiutang penghakiman boleh melaksanakan penghakiman yang telah diberi dengan sepenuhnya, tetapi penghutang penghakiman boleh memohon untuk mendapat perintah lain.

(3) Mana-mana pemiutang penghakiman boleh, jika suatu perintah bayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambahkan, dan Mahkamah, selepas mendengar pihak-pihak, boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.