ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 143. Perintah mengambil keterangan lanjut.

(1) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan di bawah Bab ini, Mahkamah Tinggi Syariah, jika ia fikir keterangan tambahan adalah perlu, boleh sama ada mengambil sendiri keterangan berkenaan atau mengarahkannya diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Jika keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah, ia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan sesudah itu hendaklah dengan seberapa segera yang boleh terus menyelesaikan rayuan itu.

(3) Kecuali jika Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan sebaliknya, orang yang dituduh atau Peguam Syarienya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.