ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 172. Melanggar perintah.

Barangsiapa yang didapati bersalah dengan sebab membantah titah perintah yang sah daripada Duli yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Igama Islam Negeri ini atau perintah Majlis atau mana-mana Mahkamah adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.