ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 86. Kecualian.

Sebelum Mahkamah Rayuan Syariah ditubuhkan di bawah Seksyen 37 [En.3/52] Enakmen ini, Jawatankuasa Rayuan yang ditubuhkan di bawah Enakmen 1952 hendaklah dikekalkan dengan mempunyai segala kuasa Mahkamah Rayuan Syariah di bawah Enakmen ini dan orang-orang yang sebelum berkuatkuasa Enakmen ini adalah Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Rayuan hendaklah, masing-masingnya disifatkan sebagai Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah sehingga perlantikan mereka ditamatkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.