ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 28. Bagaimana saman disampaikan.

(1) Saman hendaklah disampaikan kepada diri orang yang disaman itu dengan menunjukkan kepadanya saman asal dan dengan memberikan atau menyerahkan kepadanya satu salinan saman itu yang telah dicap dengan mohor atau cap Mahkamah.

(2) Tiap-tiap orang yang kepadanya disampaikan saman dengan demikian hendaklah menandatangani penerimaan salinan saman itu di bahagian belakang saman asal.

(3) Dalam hal sesuatu perbadanan saman boleh disampaikan kepada setiausaha atau mana-mana pegawai lain yang seumpamanya perbadanan itu.

(4) Jika orang yang hendak disaman itu tidak dapat dijumpai atau enggan menerima atau menandatangani saman itu setelah usaha wajar dijalankan, maka saman itu bolehlah disampaikan dengan meninggalkan satu salinannya untuk orang itu kepada mana-mana ahli keluarganya yang dewasa atau pengkhidmatnya yang tinggal bersamanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.