ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN V
Akaun



Seksyen 62. Penyata Tahunan.

Majlis hendaklah menyimpan akaun yang penuh dan betul bagi Baitulmal dan hendaklah seberapa cepat yang mungkin selepas 31 haribulan Disember pada tiap-tiap tahun, mengeluar dan menerbitkan di dalam Warta satu penyata berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Majlis dalam tahun yang lepas, bersama-sama dengan satu timbangan kira-kira Baitulmal sebagaimana pada 31 haribulan Disember, satu akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu dan satu senarai harta-harta dan pelaburan Baitulmal yang menunjukkan harga-harganya, jika dibeli, dan harga yang dianggarkan pada 31 haribulan Disember.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.