ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001
BAHAGIAN XI - PEMANSUHAN, PERKECUALIAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN
Seksyen 84. Terus menjadi pegawai, pekhidmat, dsb., Majlis.
Tiap-tiap orang yang, sebelum sahaja tarikh ditetapkan,-
(a)
telah menjadi Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Mufti atau anggota MajIis terdahulu, Lembaga atau jawatankuasa jika berkenaan, yang ditubuhkan di bawah Ordinan dimansuhkan atau pegawai masjid hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Ordinan ini dan hendakIah terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Mufti atau anggota Majlis, Lembaga atau jawatankuasa atau pegawai masjid itu, sehingga peruntukan-peruntukan lain yang berhubungan dengannya dibuat di bawah Ordinan ini atau sehingga tamat tempoh lantikannya sebagai Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Mufti atau anggota Majlis, Lembaga atau jawatankuasa atau pegawai masjid itu; dan
(b)
telah bekerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Majlis terdahulu hendaklah pada tarikh itu disifatkan telah bekerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, Majlis yang dltubuhkan di bawah Ordinan ini atas terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang sama seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat sebelum sahaja tarikh ditetapkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.