ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Qarinah
Seksyen 11. Bila fakta menjadi qarinah.
Fakta menjadi
qarinah-
(a)
jika ia tak konsisten dengan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan;
(b)
jika dengan sendirinya atau berhubungan dengan fakta lain, ia menjadikan wujud atau tidak wujudnya mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan itu amat mungkin atau tak mungkin.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada A melakukan suatu jenayah di Ipoh pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu A berada di Taiping adalah
qarinah.
Fakta bahawa pada waktu yang hampir jenayah itu dilakukan, A berada di tempat jauh yang dari tempat jenayah itu dilakukan, yang mana menjadi amat tidak mungkin, walaupun tidak mustahil, bahawa dia telah melakukannya adalah
qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada A telah melakukan sesuatu jenayah.
Hal keadaannya adalah sedemikian bahawa jenayah itu mesti telah dilakukan oleh sama ada A, B
,
C atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak mungkin dilakukan oleh orang lain dan bahawa ia tidak dilakukan oleh sarna ada B,
C atau D adalah
qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.