ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN-KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 165. Rayuan.


(1) Seseorang yang telah dihukum oleh Mahkamah bawahan di bawah peruntukan Bab ini boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Peruntukan-peruntukan Bab XVII hendaklah setakat yang boleh dipakai, kepada rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengubah atau membatalkan keputusan atau meringankan, mengubah atau membatalkan hukuman yang dikenakan;

(3) Peruntukan-peruntukan Bab XVIII juga hendaklah dipakai kepada semua tindakan oleh seorang Qadhi di bawah Bab ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.