ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN, PENGUATKUASAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 63. Peguam Syarie.

(1) Majlis boleh melantik mana-mana Pegawai Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan mana-mana Pengamal Undang-Undang yang memiliki sijil yang sah dikeluarkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang, 1976 [Akta 166/76], atau mana-mana orang yang berkelayakan, menjadi Peguam Syarie untuk hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana mahkamah.

(2) Perlantikan sebagai Peguam Syarie hendaklah ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis.

(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain daripada Peguam Syarie berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.